11 November 2012

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2013


tahun depan elaun naik..so excited la sikit nk tau bila elaun-elaun tu nk masuk :p


15 October 2012

[ SEMASA ] - Kenaikan Elaun Pelatih KKM



Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam ucapannya pada Majlis Konvokesyen Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia 2012 di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKBSAS), mengumumkan kenaikan elaun bagi pelatih di peringkat sijil iaitu sebanyak 60% dari RM517.00 kepada RM835.00 sebulan, manakala peringkat diploma pula kenaikan sebanyak 88% dari RM621.21 kepada RM1166.58 sebulan.

04 October 2012

[TV Series] - Supernatural Season 8 - Episode 4 (weekly update)

EPISODE 1 - WE NEED TO TALK ABOUT KEVIN

SCREENSHOT


DOWNLOAD LINK
http://exoshare.com/download.php?uid=17GZB5L9


EPISODE 2 - WHAT'S UP TIGER MOMMY

SCREENSHOT

DOWNLOAD LINK

http://exoshare.com/download.php?uid=179KRPQJ


http://filecloud.io/ojq7d0gu


EPISODE 3 - HEARTACHE

SCREENSHOT

DOWNLOAD LINK
http://exoshare.com/download.php?uid=FQSMCPNT

EPISODE 4 - BITTEN

SCREENSHOT



DOWNLOAD LINK
http://exoshare.com/download.php?uid=NPFUEEDO



P/S : Sila picit Ctrl + C untuk copy download link di atas.

Source : jiwang.net

17 July 2012

Fakta & Gambar Wang Kertas Malaysia Siri 4















CIRI-CIRI AM



Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional.

Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia.


SPESIFIKASI TEKNIKAL

DenominasiSubstratUkuranWarna
RM100Kertas150mm X 69mmUngu
RM50Kertas145mm X 69mmHijau-biru
RM20Kertas145mm X 65mmJingga
RM10Kertas140mm X 65mmMerah
RM5Polimer135mm X 65mmHijau
RM1Polimer120mm X 65mmBiru


CIRI-CIRI KESELAMATAN

Potret Tera Air Piksel dengan Angka, Benang Kanta Mikro dengan petak berkilat berwarna. Ciri-ciri keselamatan yang sedia ada pula ialah Imej Tanda Bayang, Tingkap Pandang Telus, Benang Keselamatan dengan Warna Berubah-ubah, Tanda Pandang Telus, Cetakan Intaglio, Unsur Cahaya Pendarfluor Limunan dan Cetakan Huruf Mikro.


WANG KERTAS RM100 - KEAJAIBAN ALAM SEMULAJADI

Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100.

Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak.

Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik.


WANG KERTAS RM50 - PERTANIAN & TEKNOLOGI

Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.

Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.

Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan secara Islam.


WANG KERTAS RM20 - HIDUPAN LAUT 


Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu.

Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.

Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.


WANG KERTAS RM10 - FLORA


Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.

Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003.

Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.


WANG POLIMER RM5 - HIDUPAN LIAR


Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu.

Burung hutan yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai 'Bumi Kenyalang'.

Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.


WANG POLIMER RM1 - SUKAN TRADISIONAL


Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.

Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik, dan dipaparkan pada wang polimer RM1 baharu.

Wau Bulan buatan tangan, yang diperbuat daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan popular yang menghiasi rumah-rumah di Malaysia.


13 July 2012

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Negeri-negeri Seluruh Malaysia Tahun 1433H/2012M

Sedar tak sedar tinggal beberapa hari sahaja lg kita akan didatangi bulan Ramadhan, biasanya sebulan sebelum puasa da dpt da jadual waktu berbuka puasa, dpt free je, ada yg edar dkt masjid, tak kurang juga menggunakan kesempatan ini untuk memajukan perniagaan terutamanya shopping complex dan kedai persendirian seperti kedai perabot & kedai emas. Tp tahun ni xde plak aku dpt, mungkin tgh sibuk praktikal tak sempat nk g mane-mane pon. Korang yg senasib dengan aku tu blh la muat turun jadual waktu berbuka puasa bagi kawasan korang dalam jadual kat bawah ni.


BIL 
NEGERI 
ZON
1    
MELAKA
MELAKA
2JOHOR
3PERAK
4  SARAWAK
5SABAH
6TERENGGANU
7KELANTAN
8SELANGOR
9PAHANG
10
WILAYAH PERSEKUTUAN
11
WILAYAH PERSEKUTUAN
LABUAN
12
PERLIS
PERLIS
13NEGERI SEMBILAN 
14KEDAH
15
PULAU PINANG
PULAU PINANG

Sumber: Pengurusan Fatwa, Jakim




24 June 2012

Ada apa dengan novel Ramlee Awang Murshid???

Assalamualaikum..

(Entri yg agak panjang setelah sekian lama 'berpuasa' :p)

Tidak dinafikan banyak (actly terlalu banyak) novel yg berada di pasaran skrg. Pernah satu hari tu aku tersepak, err, terserempak, di Popular, tajuk ape pon aku da lupa, penulis novel tu baru berumur 15 tahun! wa tabik sama itu budak. 15 tahun da blh tulis novel. tp tak pulak aku tengok novel tu pasal ape..tak minat..sebab novel yg aku baca hanyalah novel tulisan Ramlee Awang Murshid (RAM)..haha..kenapa RAM? sebab novel novel RAM bukanlah kisah percintaan yang meloyakan dan menggeletek Uvula aku..hahaha...

Aku pon tak ingat sejak bila aku mula berkecimpung dalam pembacaan novel-novel tulisan RAM ni..yg pastinya novel pertama beliau yg aku baca ialah Satu Janji. Novel ni aku jumpa kt umah atok aku, tak tau la sapa punye. Men baca je..skali baca mmg melekat wo! Then aku baca Personal Justice. Sebenarnya Personal Justice ni novel Adam versi BI. Memang best walaupon aku bknnye terrorist sgt bahasa orang2 puteh ni. Korang pernah terfikir nak bunuh Presiden Amerika? Klau pernah sila baca buku ni, klau tak pernah pon bace jugak :p

Yang syoknya, ending novel-novel beliau memang unpredictable. Adakalanya berakhir bukan seperti korang harapkan. Korang nk menyumpah seranah, nk koyak2 novel tu lantak la tak de maknanya RAM nk layan korang janji fulus dia masyuukkkk :p

Tiada dalam gambar : Cinta Sang Ratu & Hatiku di Harajuku

Setakat ni aku ada sebanyak 12 novel tulisan RAM (klik pada tajuk untuk sinopsis):


Sasaran aku lepas ni nak bolot semua novel RAM yang belum ada seperti trilogi Tombiruo (yang bakal difilemkan), ADAM (walaupon aku dah baca Personal Justice) n semua lah.

Apa yang paling best, aku berkongsi minat dengan SEMUA 5 org adik aku termasuklah Hanif adik aku yang bongsu berumur 10 tahun! & baru-baru ni aku dpt kesan beberapa org member kat kolej yg juga RAMians iaitu Muslim, Pok Jak (dan Daunnya), Zaili, Bella n Fiza.

Bagi aku, RAM mempunyai imaginasi yang sangat tinggi, dan tidak keterlaluan kalau aku ckp imaginasi RAM ni setaraf dengan JK Rowling, penulis siri Harry Potter. Korang blh baca gaya penceritaan yang amat menakjubkan dalam semua novel beliau terutamanya siri epik thriller Laksamana Sunan, bermula dengan Bagaikan Puteri sehinggalah berakhir dengan Sunan Musafir, RAM berjaya 'memerangkap' pembacanya dalam kurun ke-15! Aku yakin boleh pecah panggung klau siri epik thriller ni diangkat menjadi filem! Yang aku tak yakin, ada ke pelakon yang boleh bawakan watak Laksamana Sunan dengan baik?

Terlalu hebat penangan novel novel RAM ni. Tak percaya? Search dekat facebook nama nama watak dalam novel RAM seperti Ryu Watanabe, Noriko dan Laksamana Sunan, Rayyan Fantasi, even Tou Aii (nama pedang dalam Hatiku di Harajuku) pon ada, korang akn dapati semua pemilik akaun facebook tersebut ialah warganegara Malaysia!

Nak cerita semua memang tak habis. Kepada novelrian semua, bacalah novel Ramlee Awang Murshid, novelis thriller nombor 1 Malaysia. Kompem tak nyesal ! :D


BIODATA RAMLEE AWANG MUSHID

Ramlee Awang Murshid lahir pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979). Kemudian menuntut di Sabah College (1980-1984). Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000). Kini, Ramlee memiliki ijazah B.A (Hons) Communication Universiti Kebangsaan Malaysia. Bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, setakat ini Ramlee telah memiliki empat anugerah. Kejayaan novel PEI PAN yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002 (yang diadakan lima tahun sekali) dianggap kejayaan paling manis. Ramlee merupakan penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan itu. Selain itu, novel IGAUAN MAUT (terbitan 1995) merupakan novel pertama pernah memenangi hadiah tempat kedua dalam peraduan menulis novel dewasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) negeri Sabah. Novel IGAUAN MAUT sekali lagi dipilih memenangi Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1995 dan baru-baru ini, Ramlee sekali lagi terpilih sebagai penerima Hadiah Karya Sulung sempena perayaan 25 tahun DBP cawangan Sabah dan anugerah novelis prolifik Alaf 21.

Sehingga kini, Ramlee telah menghasilkan dua puluh novel dengan Alaf 21. Dalam pendidikan di UKM, Ramlee pernah menerima anugerah pelajar terbaik komunikasi (2000), watikah penghargaan khas (2001) dan pelajar terbaik keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi UKM (2002).




BLOG KELAB - RAMFC
GROUP - Ramlee Awang Murshid Books Club

Share : Jom tengok video Mushaf Laksamana Sunan yang dibaca sendiri oleh RAM :)


23 June 2012

[GAMBAR] Perasmian Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKBSAS)



Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah mula beroperasi pada 1 Julai 2011 dan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullah pada 14 Jun 2012. Sebelum dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kolej ini dikenali sebagai Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta. Kolej ini mempunyai keluasan 35.5 ekar, iaitu sebahagian drpd kwsn Hospital Bahagia Ulu Kinta.Terdiri drpd 5 blok akedemik, 1 masjid, 1 dewan makan, 1 banglo kediaman pengarah, 2 kuarters pensyarah dan 2 asrama pelatih. Kampus baru ni menempatkan semula pelatih dari Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta, Kolej Kejururawatan Ipoh dan Kolej Kejururawatan Taiping. Rekabentuk kontemporari dengan suntikan kerohanian membentuk aura landskap pendidikan yang gemilang.