24 June 2012

Ada apa dengan novel Ramlee Awang Murshid???

Assalamualaikum..

(Entri yg agak panjang setelah sekian lama 'berpuasa' :p)

Tidak dinafikan banyak (actly terlalu banyak) novel yg berada di pasaran skrg. Pernah satu hari tu aku tersepak, err, terserempak, di Popular, tajuk ape pon aku da lupa, penulis novel tu baru berumur 15 tahun! wa tabik sama itu budak. 15 tahun da blh tulis novel. tp tak pulak aku tengok novel tu pasal ape..tak minat..sebab novel yg aku baca hanyalah novel tulisan Ramlee Awang Murshid (RAM)..haha..kenapa RAM? sebab novel novel RAM bukanlah kisah percintaan yang meloyakan dan menggeletek Uvula aku..hahaha...

Aku pon tak ingat sejak bila aku mula berkecimpung dalam pembacaan novel-novel tulisan RAM ni..yg pastinya novel pertama beliau yg aku baca ialah Satu Janji. Novel ni aku jumpa kt umah atok aku, tak tau la sapa punye. Men baca je..skali baca mmg melekat wo! Then aku baca Personal Justice. Sebenarnya Personal Justice ni novel Adam versi BI. Memang best walaupon aku bknnye terrorist sgt bahasa orang2 puteh ni. Korang pernah terfikir nak bunuh Presiden Amerika? Klau pernah sila baca buku ni, klau tak pernah pon bace jugak :p

Yang syoknya, ending novel-novel beliau memang unpredictable. Adakalanya berakhir bukan seperti korang harapkan. Korang nk menyumpah seranah, nk koyak2 novel tu lantak la tak de maknanya RAM nk layan korang janji fulus dia masyuukkkk :p

Tiada dalam gambar : Cinta Sang Ratu & Hatiku di Harajuku

Setakat ni aku ada sebanyak 12 novel tulisan RAM (klik pada tajuk untuk sinopsis):


Sasaran aku lepas ni nak bolot semua novel RAM yang belum ada seperti trilogi Tombiruo (yang bakal difilemkan), ADAM (walaupon aku dah baca Personal Justice) n semua lah.

Apa yang paling best, aku berkongsi minat dengan SEMUA 5 org adik aku termasuklah Hanif adik aku yang bongsu berumur 10 tahun! & baru-baru ni aku dpt kesan beberapa org member kat kolej yg juga RAMians iaitu Muslim, Pok Jak (dan Daunnya), Zaili, Bella n Fiza.

Bagi aku, RAM mempunyai imaginasi yang sangat tinggi, dan tidak keterlaluan kalau aku ckp imaginasi RAM ni setaraf dengan JK Rowling, penulis siri Harry Potter. Korang blh baca gaya penceritaan yang amat menakjubkan dalam semua novel beliau terutamanya siri epik thriller Laksamana Sunan, bermula dengan Bagaikan Puteri sehinggalah berakhir dengan Sunan Musafir, RAM berjaya 'memerangkap' pembacanya dalam kurun ke-15! Aku yakin boleh pecah panggung klau siri epik thriller ni diangkat menjadi filem! Yang aku tak yakin, ada ke pelakon yang boleh bawakan watak Laksamana Sunan dengan baik?

Terlalu hebat penangan novel novel RAM ni. Tak percaya? Search dekat facebook nama nama watak dalam novel RAM seperti Ryu Watanabe, Noriko dan Laksamana Sunan, Rayyan Fantasi, even Tou Aii (nama pedang dalam Hatiku di Harajuku) pon ada, korang akn dapati semua pemilik akaun facebook tersebut ialah warganegara Malaysia!

Nak cerita semua memang tak habis. Kepada novelrian semua, bacalah novel Ramlee Awang Murshid, novelis thriller nombor 1 Malaysia. Kompem tak nyesal ! :D


BIODATA RAMLEE AWANG MUSHID

Ramlee Awang Murshid lahir pada 4 November 1967 di daerah Papar, Sabah. Memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979). Kemudian menuntut di Sabah College (1980-1984). Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000). Kini, Ramlee memiliki ijazah B.A (Hons) Communication Universiti Kebangsaan Malaysia. Bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, setakat ini Ramlee telah memiliki empat anugerah. Kejayaan novel PEI PAN yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002 (yang diadakan lima tahun sekali) dianggap kejayaan paling manis. Ramlee merupakan penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan itu. Selain itu, novel IGAUAN MAUT (terbitan 1995) merupakan novel pertama pernah memenangi hadiah tempat kedua dalam peraduan menulis novel dewasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) negeri Sabah. Novel IGAUAN MAUT sekali lagi dipilih memenangi Hadiah Sastera Negeri Sabah 1994/1995 dan baru-baru ini, Ramlee sekali lagi terpilih sebagai penerima Hadiah Karya Sulung sempena perayaan 25 tahun DBP cawangan Sabah dan anugerah novelis prolifik Alaf 21.

Sehingga kini, Ramlee telah menghasilkan dua puluh novel dengan Alaf 21. Dalam pendidikan di UKM, Ramlee pernah menerima anugerah pelajar terbaik komunikasi (2000), watikah penghargaan khas (2001) dan pelajar terbaik keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi UKM (2002).




BLOG KELAB - RAMFC
GROUP - Ramlee Awang Murshid Books Club

Share : Jom tengok video Mushaf Laksamana Sunan yang dibaca sendiri oleh RAM :)


23 June 2012

[GAMBAR] Perasmian Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKBSAS)



Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah mula beroperasi pada 1 Julai 2011 dan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullah pada 14 Jun 2012. Sebelum dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kolej ini dikenali sebagai Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta. Kolej ini mempunyai keluasan 35.5 ekar, iaitu sebahagian drpd kwsn Hospital Bahagia Ulu Kinta.Terdiri drpd 5 blok akedemik, 1 masjid, 1 dewan makan, 1 banglo kediaman pengarah, 2 kuarters pensyarah dan 2 asrama pelatih. Kampus baru ni menempatkan semula pelatih dari Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta, Kolej Kejururawatan Ipoh dan Kolej Kejururawatan Taiping. Rekabentuk kontemporari dengan suntikan kerohanian membentuk aura landskap pendidikan yang gemilang.