Assalamualaikum..ape kaba blogger2 skalian..da lame betol aku x update blog..semenjak dua menjak ni busy je manjang..
first aku nk ucap Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia..
xtau ape dah jadi..feel ntuk mengahadapi bln pose kali ni sgtlah tidak dirasai..mcm xpose je esok..terawih td pon berape kerat je yg pegi..laki ngan pompuan same byk je...gini la klau pose kat kolej..kan best klau pose kat umah..tp plg xley blah bila 2 3 hari b4 pose da berkumandang lagu2 raya dlm bilik aku..hahaha...semangat raya je lebih..
aku berblogwalking 2 3 hari ni sume entry blogger2 sal puasa..banyak yg citer pasal hikmah bulan Ramadhan, pengalaman Ramadhan yg lepas..so aku rase aku nk cter bnda laen la plak..
bulan ke-9 dalam Islam ni banyak barakahnya..buktinya mcm2 peristiwa yg penting dalam sejarah Islam yg berlaku pd bulan Ramadhan..antaranya...jeng jeng jeng...
Wahyu Pertama
Allah S.W.T menurunkan wahyu pertama kpd Rasulullah S.A.W melalui malaikat Jibril di Gua Hira'. Sebab tu lah bulan Ramadhan ni juga dikenali bulan Al-Quran..so, banyak2 kan lah bace quran ye (pesan kat diri sendiri...:p) ..
Perang Badar
Perang Badar merupakan perang yg pertama dalam Islam. Ia berlaku di lembah Badar pada 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah. Dalam perang ni, tentera Islam menang walaupun hanya mempunyai 313 anggota yg berhadapan dgn 1000 anggota musyrikin Mekah yg lengkap bersenjata..inilah yang dikatakan keberkatan bulan Ramadhan..:)
Pembukaan semula Kota Mekah
Peristiwa ni berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah setelah musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dgn org Islam.
Pembukaan Andalusia (Sepanyol)
Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah iaitu semasa pemerintahan Bani Umayyah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar oleh khalifah untuk menawan Andalusia yang ketika itu diperintah oleh Raja Roderik yang zalim. Beliau memimpin armada Islam menyeberangi laut Afrika dan Eropah.
Kematian Ali bin Abi Talib
Di bulan Ramadhan juga wafatnya Khalifah ar-Rasyidin yg ke-4, Ali bin Abi Talib, iaitu sepupu dan juga menantu kpd Rasulullah S.A.W. , suami kpd Fatimah serta bapa kpd Saidina Hassan r.a. dan Saidina Husein r.a. Beliau dibunuh oleh puak Khawarij.
haa tu la antara beberapa peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan..ada byk lg..klau korang nk tmbh..dipersilakan..boleh la kita kongsi..:) Moga info ini berguna dan dpt menambahkan pengetahuan kita tentang sejarah Islam.
Salam Ramadhan al-Mubarak 1432 H ^_^
whm : lupa nak beli buah kurma td :p