10 March 2011

THE MALAY CHRONICLES : BLOODLINES

Assalamualaikum dan salam satu blogger..

Ehem..hari ni mood aku pelik ckit..haha..mane tak peliknya..tetiba aku rase nak cakap pasal sejarah plak..dah lame tak cakap pasal sejarah ni sejak tinggalkan bangku sekolah..ingat lg mase sekolah dulu subjek yang paling aku malas nak stdy sejarah ler....n one big secret (yang sampai sekarang cikgu sejarah aku xtau..hahaha)...kalau aku xleh tido..aku kene bace buku teks sejarah..xsampai 60 saat aku dah sampai ke dreamland..hahaha..=p

Sebelum aku pergi ke main topic, aku nak  tanya ckit korang tau x hikayat tu ape???
Seingat aku la..cikgu sejarah aku cakap hikayat ni berasal dari perkataan arab iaitu hikayah yg bermaksud kisah atau cerita.Tapi En. Wikipedia plak cakap :


Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk (ni la jadinya bila teringat zmn sekolah..haha..)..aku nak citer ckit pasal filem terbitan KRU yang mula ditayangkan hari ni...HIKAYAT MERONG MAHWANGSA atau dikenali sebagai  THE MALAY CHRONICLES : BLOODLINES di pentas antarabangsa..

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
THE MALAY CHRONICLES : BLOODLINES

SEJARAH : HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai kemasyarakatan, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.
Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh Garuda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA DALAM TULISAN JAWI

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA DALAM TULISAN RUMI

INFO FILEM
Pengarah

Penulis:
:
(Lakon layar)
:
(Cerita Asal)
Lakonan:
:
Merong Mahawangsa (Pelakon Utama)
:
Kesum (Pelakon Utama)
:
Embuk (Pelakon Utama)
:
Kamawas (Pelakon Utama)
:
Embi (Pelakon Pembantu)
:
Ying Ying (Pelakon Pembantu)
:
Lang (Pelakon Pembantu)
:
Native 1 (Pelakon Pembantu)
:
Goan Villager (Pelakon Pembantu)
:
Goan 1 (Pelakon Pembantu)
Krew:
:
(Muzik)
:
(Creative Director)
:
(Jurusolek Artis)
:
(Penyunting)
:
(Pembantu Pengarah)
:
(Pengarah Seni)
:
(Pengarah Fotografi)
Penerbit:
:
(Penerbit Eksekutif)
:
(Penerbit Eksekutif)
:
(Penerbit Eksekutif)

THE VERTEBRAL COLUMN OF THE FILM


SINOPSIS FILEM

Pada tahun 120, Empayar Rom yang di bawah pemerintahan Hadrian dan Dinasti Han di China adalah dua buah empayar yang kuat. Kedua-duanya telah memperluaskan kuasa perdagangan ke negara Asia Tengah.
Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk dikahwinkan dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai rancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung perairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.


 ANTARA SCREENSHOT FILEM



TRAILER
 

_______________________________________________________________________

Untuk pengetahuan korang, kos pembikinan filem ini mencecah RM8 juta dan merupakan filem yang termahal dalam industri perfileman negara kita selepas filem Puteri Gunung Ledang. And korang jugak jangan x tau yang filem ni dah menerima pulangan modal nya walaupun belum ditayangkan di mana mana pawagam...15 mac nanti filem ini akan diedarkan ke 72 negara yang menempah untuk mengedarkan filem ini di negara masing2...WOW!!!mmg terbaek!!!

tu la rasionalnya bila sejarah difilemkan..dpt pulangan yg lumayan..blh memperkenalkan sjrh kita kat org luar...xyah ckp org luar..org dalam pon same..aku berani kerat jari la mmg ramai yg xtau pon hikayat merong mahawangsa ni...yg x penah dengar pon ade..btol x???hahaha...pape pon..all the best KRU...semoga terus maju...

P/S : sesape yang dah p tengok filem ni boleh ler citer2, komen2 ckit...=)


3 comments:

  1. hahahahaha, bab sjarah tu paling tak boleh belah, hahaha

    ReplyDelete
  2. mmg xley bla gler tp itulah hakikatnya..jgn bwat cam tu ntuk pmr ye..=p hahahaa...

    ReplyDelete
  3. nak tgk cerita neyh..tapi xtertgk2 lagi...huhu

    ReplyDelete

really appreciate your opinion..=)