29 December 2011

[MOVIE] Ombak Rindu (2011) AVI MKV RMVB

Cover



Sinopsis


Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Pelakon
Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri.


Trailer



Screenshot



Download (Mediafire)


AVI (896MB)
part 1- http://adf.ly/4RtqZ
part 2- http://adf.ly/4RtrM
part 3- http://adf.ly/4Rtrd
part 4- http://adf.ly/4Rts2
part 5- http://adf.ly/4RtsM
part 6- http://adf.ly/4Rtt0

MKV (931MB)
part 1- http://adf.ly/4RYuU
part 2- http://adf.ly/4RYv6
part 3- http://adf.ly/4RYvY
part 4- http://adf.ly/4RYvu
part 5- http://adf.ly/4RYwx

RMVB (310MB)
part 1- http://adf.ly/4RuTk
part 2- http://adf.ly/4RuU6


Join file yang telah anda download menggunakan 7Zip.

19 October 2011

:: CBD - Cintaku Bukan Disini ::





Nota 1 - Bala

Apa yang berlaku?
Bala bala~
minggu ni mmg xde malaikat rahmat untukku.
ntah ape yg xkena aku pon xtahu.
lepas satu satu.
dicacihina bertalu-talu.
kampus begitu gah bagai hotelbesiPudu.
Bagi percubaan pertama, buat salah itu norma.
Manusia,
selain nabi Muhammad kita,
tiada yg lebih sempurna.
Khabarkan aku jika ada,
dan kenalkan aku pd dia..


Nota 2 - Huru-hara Hierarki

Hierarki yg huru hara. Semua pihak alami renjatan.
Atasan attack pengurusan.
Pengurusan attack bawahan.
Mmg mengagumkan.
Formula itu sudah menjadi kebiasaan.
tup tup, kami (yg x bersalah) juga jd mknn.
Bila hak dipersoalkan.
'Kamu ditaja' diuar-uarkan.
Langsung tidak diberi kesempatan,
untuk menyuarakan ketidakpuasan,
juga untuk menegakkan keadilan.
Itukah profesionalisma yg selama ini dibanggakan?
Tepuk dada tanya iman.



p/s: spe mkn peria, dia la yg rase pahitnya...



23 August 2011

aku lah Hang Tuah !

uAssalamualaikum ^_^ hari ni da masok 23 Ramadhan..da x lame da nak raya..lg 3 hari aku nk blk kampong..rindu kampong halaman dan sanak saudara membuak-buak (mcm la aku stdy ove sea kn...) dulu ada jugak angan nk stdy ovesea..tp apa kn daya..nasib dan tuah x menyebelahi..(ke mmg aku yg xpndai??:p)


Hidup kita ni..x dinafikan kadang kala bergantung kepada tuah dan nasib..bak kata Alamarhum Tan Sri P. Ramlee dlm filem Nujum Pak Belalang..kekuatan Laksamana Hang Tuah terletak pada nama..

Cakap sal tuah ni teringat lak aku ngan cikgu Sejarah aku dulu..dia mmg ade luck..xtau la ilmu ape dia pkai.
.haha..dia join contest pape asyik dia je menang..yg plg aku tension bila tau Naza Ria yg dia pkai tu bkn dia beli..tp dpt free!!!ya FOC..xmenderita pon nk bayar ansuran...ckgu aku tu menang hadiah utama peraduan Petronas..abah aku pon ade jugak masok peraduan tu tp hadiah saguHEPAR pon xdpt..hehe...






haa..ni x dinafikann..mmg bertuah! drpd 143 org..aku slh sorang drpd 6org yg bertuah dlm contest ni..dpt tiket wayang free..n 4 ur information..ni adalah contest pertama aku join!!thanks Qish Darleena..:)





n bertambah manis (manis ke?) bila contest kedua yg aku join pon membuahkan hasil..haha..baju domo ni aku dapat lepas join Dear Haffiz Lucky Draw : Elmo's or Domo's? thanks Apis :)

so hebat x?2 hadiah dari 2 contest yg aku join...klau beratus2 contest?hahaha..



Anonymous : Join contest org je ke?bila nk wat contest sndiri?:p

01 August 2011

R A M A D H A N 1 4 3 2 H

Assalamualaikum..ape kaba blogger2 skalian..da lame betol aku x update blog..semenjak dua menjak ni busy je manjang..

first aku nk ucap Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia..

xtau ape dah jadi..feel ntuk mengahadapi bln pose kali ni sgtlah tidak dirasai..mcm xpose je esok..terawih td pon berape kerat je yg pegi..laki ngan pompuan same byk je...gini la klau pose kat kolej..kan best klau pose kat umah..tp plg xley blah bila 2 3 hari b4 pose da berkumandang lagu2 raya dlm bilik aku..hahaha...semangat raya je lebih..

aku berblogwalking 2 3 hari ni sume entry blogger2 sal puasa..banyak yg citer pasal hikmah bulan Ramadhan, pengalaman Ramadhan yg lepas..so aku rase aku nk cter bnda laen la plak..

bulan ke-9 dalam Islam ni banyak barakahnya..buktinya mcm2 peristiwa yg penting dalam sejarah Islam yg berlaku pd bulan Ramadhan..antaranya...jeng jeng jeng...


Wahyu Pertama
Allah S.W.T menurunkan wahyu pertama kpd Rasulullah S.A.W melalui malaikat Jibril di Gua Hira'. Sebab tu lah bulan Ramadhan ni juga dikenali bulan Al-Quran..so, banyak2 kan lah bace quran ye (pesan kat diri sendiri...:p) ..

Perang Badar
Perang Badar merupakan perang yg pertama dalam Islam. Ia berlaku di lembah Badar pada 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah. Dalam perang ni, tentera Islam menang walaupun hanya mempunyai 313 anggota yg berhadapan dgn 1000 anggota musyrikin Mekah yg lengkap bersenjata..inilah yang dikatakan keberkatan bulan Ramadhan..:)

Pembukaan semula Kota Mekah
Peristiwa ni berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah setelah musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dgn org Islam.

Pembukaan Andalusia (Sepanyol)
Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah iaitu semasa pemerintahan Bani Umayyah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar oleh khalifah untuk menawan Andalusia yang ketika itu diperintah oleh Raja Roderik yang zalim. Beliau memimpin armada Islam menyeberangi laut Afrika dan Eropah.

Kematian Ali bin Abi Talib
Di bulan Ramadhan juga wafatnya Khalifah ar-Rasyidin yg ke-4, Ali bin Abi Talib, iaitu sepupu dan juga menantu kpd Rasulullah S.A.W. , suami kpd Fatimah serta bapa kpd  Saidina Hassan r.a. dan Saidina Husein r.a. Beliau dibunuh oleh puak Khawarij.

haa tu la antara beberapa peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan..ada byk lg..klau korang nk tmbh..dipersilakan..boleh la kita kongsi..:) Moga info ini berguna dan dpt menambahkan pengetahuan kita tentang sejarah Islam.

Salam Ramadhan al-Mubarak 1432 H ^_^




whm : lupa nak beli buah kurma td :p


16 June 2011

::K S K B U K - KSKB Untuk Kita::

assalamualaikum..c'',)

adeih..dah bosan tahap gaban dah..cuti 3 minggu je..da xtau nk bwat ape..klau cuti sbulan lebih xtau la cmne..
tp bila cuti nak abis rase malas la plak nk blk kolej..hurm..mcm2..tp bagos jugak cuti ni..mase cuti ni la mase ntuk bersama fmly, 
member2 lame kt skolah dulu..mase cuti ni la nk relax2, malas2 kat umah..pas ni bila dah mula semester baru..sebok la ckit..
nak nak plak dgn suasana kolej yg serba baru..:p


ok aku malas nak ber-mak-nenek kt cni..entry aku kali ni bertujuan ntuk menterkejut-berukkan kalian dgn gambar2 kolej baru
yg bakal aku takluki semester baru nnti..dgn penoh sukarianya, mempersembahkan...


35.5 ekar..ye ke?

aih..logo kolej xdak lg ka???

Main entrance with curved foyer..mcm airport doe..:p

central plaza..bkn city plaza yg kt alor stuck tu ye..

student hostel..5 tingkat tu...

lecturer quarters..perghh mcm condo..

Dewan Sri Perdana V6

2nd filharmonic hall in malaysia..kahkahkah..

dijangka menghabiskan lbih byk mase dcni berbanding dlm bilik..hahaha poyos..

admin building..tempat bishop bishop je..hahaha..

stadium tertutup..hahaha..

1 bilik 2 org beb..ade toilet agi setiap bilik..

lecture hall..tmpat tido selain d bilik..haha..

blok akedemik

perghhh..kecik ckit je dr umah aku..kihkihkih..
blok akedemik :)
____________________________________________________________________________________________________

Haa..amacam?TERSEKEMA x tgk kampus baru kolej aku ni?haha..Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta ni mempunyai keluasan 35.5 ekar, iaitu sebahagian drpd kwsn Hospital Bahagia Ulu Kinta yg xbape nk  bahagia..hehe..Terdiri drpd 5 blok akedemik, 1 masjid, 1 dewan makan, 1 banglo, 2 kuarters pensyarah dan 2 asrama pelatih. Actly kampus baru ni  menempatkan semula pelatih2 dari Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta, Kolej Kejururawatan Ipoh dan Kolej Kejururawatan Taiping dan satu kursus baru iaitu Pembantu Pegawai Farmasi. So makin ramai la kt kolej baru nnti..dgr2 nya hampir 3000 pelatih..

Manakala pekan Tanjung Rambutan pula dijangka membangun dengan pesat menjadi Tanjung City, satu-satunya kota metropolitan di Perak dalam mase beberapa tahun akn dtg..malah lebih pesat berbanding ibu negeri Perak, iaitu Ipoh..hahaha..merapu je lebih..



picture credit to CHEWAN ARCHITECTURE


P/S: harap2 dengan 'hadiah' yg diterima ni menjadi motivasi ntuk kitaowg blaja dgn lebih bersungguh-sungguh..amin..:)


UPDATE : KSKBUK telah ditukarkan nama ke KSKB Sultan Azlan Shah


15 June 2011

Dear Haffiz Lucky Draw : Elmo's or Domo's



klik klik klik

..hehe ni lucky draw kedua aku join..
..harap2 menang la kali ni..
..buruk sangat aih elmo..
..so aku pilih..




05 June 2011

2Minggu @ Wad 4A

assalamualaikum...^_^
da lame betol x update blog..pe cer blogger2 skalian??harap2 chat la gamoknye yer..=p

busy sungguh sbulan dua ni..tp skrg bila dah cuti ni xtau nk bwat ape..terperap je kt umah mcm anak dara..(anak dara skrg pon bknnye lekat kt umah..hahaha)..

kali ni aku nak citer plak psal my first experience kerja dalam wad..bkn keje pon..actly sblom cuti sem kitorang ditempatkan di wad2 di Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi Program Penempatan Pra-klinikal..penempatan ni bermula 23 Mei-2 Jun..


PPPP Habib =p

Aku ngan 4 org lg member aku, Juwa, Tg. Ali (Tengku Ali yer..bkn Tanjung Ali..=p), Ragevan dan Cholan,  ditempatkan di WAD 4A iaitu Wad Ortopedik Lelaki..

Minggu pertama di wad, tak banyak yg kitorang belajar memandangkan minggu pertama kitorang syif ptg..just bnda yg simple2 je..bed-making segala bagai..minggu pertama ni jugak aku da blaja cmne nak amik BP, temperature, pulse rate, respiration rate patient secara teori..kitorang blaja dgn nurse2 pelatih yg juga ditempatkan di wad tersebut..

Minggu kedua kitorang syif pagi.. mmg terbaek (dari ladang)..mmg best..byk keje yg boleh dibuat..walaupun kami pelatih semester 1 tidak dibenarkan sama skali membuat ape2 prosedure..tp dgn slumbernya aku langgar peraturan tersebut..hahaha..aku da pndai amik BP patient..da buat dressing (walaupun x complete =p)..aku saje je nk try amalkn prinsip2 sterile dlm keadaan sebenar di wad..hehe.. 

Alhamdulillah..walaupun 2 minggu je di wad 4A..byk yg aku blaja..cara nk bg ubat kt patient sama ada IM, IV, tablet atau kapsul, history taking, ADL pesakit di wad, amik BP, amik temperature, n yg plg penting..basuh BO patient!!hahaha..mmndangkan wad aku wad ortopedik, aku jugak da terbiase tgk luka2, patah2 n putus2 kaki..ade tu cyap tulang terkeluar beb..mmg dasyat..ragam manusia sekeliling pon da mcm2 aku jumpe..ragam patient, pelawat, staff nurse, sister, doktor n pakar..masing2 dgn ragam tersendiri..haha...umm..ada yg ckp pra-klinikal semester 1 ni xde rasionalnya..sbb keje MA nnti xdenye duk dlm wad cm nurse..tp bg aku..mase ni lah kitorang diberi pendedahan awal..lgpon kitorang semester 1 bkn blajar lg buat prosedur2 tu sume..xkan teros nk anta ke unit kecemasan kn??so ape salahnye..at least kitorang da dpt rough figure what type of kitorang punye keje nnti...x gtu??

Ok smbung citer blk..hee..Plg aku sakit hati bila geng doktor bwat round dlm wad..knape nk sakit hati ngan dktor plak???hahaha...bkn ape...aku jelez ngan dorang sume ni...haaa..tu lar bib..owg suh blaja sunggoh2 ko maen2...=p Geng2 nurse pelatih plak?haha..terbaek habaq ang...Miji, Buji, Wani, Lina, Hazirah, Farah, Mami, Lyew n ramai lg laa yg len..bengom2 + tolol2 ckit dorang ni..haha...dorang ni la yg byk ajar aku di wad..da byk sgt ilmu yg aku dpt dr dorang..terima kasih byk2 la kalian sume...tanpa korang..sape la kitorang di wad..hahaha...ade mase nnti bole la blanje aku..hahaha...

p/s: Jumpa di KSKBUK nnti jgn wat x kenai plak...:)

07 May 2011

P . U . A . S . A

ko mmg giler bib esok exam sempat lg on9..hahaha..klau da stdy byk xpe lar..ko mane ade stdy lg..hehe..

esok da exam..so start ai ni aku da kene puasa..puasa???puasa ape??puasa ganti ke??haha...xde lah..aku nak puasa dari berblogging, berfacebook n beronline..hahaha...tp smpai abis exam je..lepas exam sambung  blk...:p


: : JADUAL EXAM : :

08052011 : NURSING SCIENCE (MANS1113)
09052011 : ANATOMY & PHYSIOLOGY (MAAP1114)
10052011 : COMMUNITY HEALTH (MACH1113)
11052011 : BEHAVIOUR SCIENCE (MABS1112)
12052011 : ANATOMY & PHYSIOLOGY 2 (MAAP1113)
14052011 : BIOSCIENCES (MABC1112)
15052011 : MICROBIOLOGY (MAMB1112)

aku harap dapat la score untuk final sem ni..klau x mmg susah lar..sbb sem 2 & 3 nnti lg susah...klau x dpt > 3.0 xleh sambung dgree..mintak jauh2 la < 3.0...

p/s : doakan kejayaan aku yer...:)


02 May 2011

GA Contest POLKA.Espadrilla

~salam~
haha..aku ngigau ckit ye kali ni..menaip sambil sleepwalking agaknye..haha..

mane x nye..tibe2 aku tergerak hati nk join contest..

ntah cmne aku blh tertarik ngan contest ni..aku tau pon sbb ada sorg insan yg sgt2 baik hatinye men-tag aku dlm entry dia..hehe..tq ya cik Nurna . . .:)




so dgn penuh sukacitanya aku ingin menyatakan..ni la contest yg pertama aku join..hoho..
harap2 aku la yg menang contest yg seakan-akan lucky draw ni..hahaha..
contest ni dianjurkan oleh Cik Qish yg comey lote ni.. :)

Tagged :





p/s : Jom join ramai2!!!

21 April 2011

G A M B A R G E L A P ? ? ?

sekian lama aku menyepi..kini ku kembali..hehehe..

hari ni aku nak share lg ttg fotografi..fotografi lg??mesti korang ter tanya2 kn..sape dia ni nk ckp psl fotografi..hebat sangat ke???haha..aku xde la hebat pon...aku just minat bidang ni n baru je nak mula..so otai2 yg mgkin ade terbace aku pnye post ni  n rase ape yg aku bebelkan ni salah sila betulkan la ye..=)
kalau xde yg kritik sampai bila aku xdpt kembangkan minat dan bakat aku ni...(berbakat ke???=p)

Ok dah..stop membebel...Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk...(mcm nk tulis surat rasmi la pulak...=p)..

korang mesti pernah atau selalu alami keadaan di mana gambar yg korang tgkap tu gelap...nak di delete syg..
ye la..moment yg kite capture tu bknnye berulang...nak2 plak brgambar ngan insan tersayang..haha..

so ape yg korang bwat bila gambar korang gelap??bnda yg plg biasa korang buat msti edit brightness n contrast kn??

skrg ni cuba korang ikut cara aku plak..hehehe..aku sgt yakin dan percaya ramai yg ada install atau 'terinstall' Adobe Photoshop dalam lappy tp xtau atau malas nk xplore bnda tu..hoho..

skrg korang cuba bkak gambar yg gelap tu using photoshop...sebagai contoh aku ambil gambar kwn aku yg ensem ni:


first korang buat new adjustment layer 'LEVEL'..tekan ape2 yg patot seperti diatas..korang jugak boleh 'picit' mouse korang dekat
menu Layer/New Adjustment Layer/Level..

satu kotak yg menunjukkan histogram level gambar akan kluar..korang perasan x histogram tu lebih banyak ke kiri..itu maknanya gambar korang gelap atau underexpose..klau berat ke kanan plak gambar morang tu terlebih terang atau over expose..so korang adjust la 3 penunjuk aras (dalam bulatan) sehingga la korang dapat kecerahan gambar yg cun melecun..
3 benda alah tu ialah shadow (kanan), midtone (tengah) dan highlight (kiri).

Korang jugak boleh melihat sebelum dan selepas..nak tengok cmne layer tu beri kesan kt gambar korang..korang blh meng-offkan adjustment layer korang tu.tekan je yg mcm dalam bulatan merah dalam gambar diatas...

dan...jeng jeng jeng...inilah hasilnya...kan lebih ok dari gambar asal..=)

persoalan..kenapa mesti buat layer??kenapa x edit terus je atas gambra tu???tujuan nye adalah untuk buat lapisan baru atas gambar tu..nnti kalau korang edit xla korang 'rosakkan' gambar asal..selain tu..dgn buat layer baru..korang senang nak tgk cmne layer tu beri kesan kpd gambar..dgn buat layer baru..cara editing korang pon akan lebih fleksibel..korang blh pilih part mane dlm gambar yg korang nak edit...korang jgk senang nak delete klau2 layer yg korang letak tu 'memburokkan' lg gambar..xpayah la asyik nak tekan undo je kan..haha....so..setiap bnda korang nak edit..buatlah layer baru..contohnye lpas korang edit level..untuk edit brightness n contrass korang buat layer yg laen plak...

sekian untuk kali ni..terima kasih kerana sudi membaca...semoga sdikit sebanyak membantu anda ;)

05 April 2011

OMG!!

Sungguh!!Tersangat-sangat lah terharu...hahaha..ttiba jd mat bunga..
Bukan  ape..Just terkezut berok bila ada org yg menyudikan jiwa raganya me-review blog aku..
Ada sorang mamat ensem ni, nama dia Haffiz, tlh me-review blog aku dgn jayanya..dia lecturemate aku kt kolej..hoho..
Blog aku tlh di-review brsama dgn blog blogger yg sorg  ni (loveblog katenya :p)...
Nak tengok??Jom klik cni.
Pape pon..thaks a lot Apis!!Nanti aku blanje teh o ais..:)

29 March 2011

First Header

Tu ddia haaa..blog ni da ada header la..hahaha...
Jelez gak aku..tgk blog blogger2 laen lawo2 je sume..aku pon nak buat jugak la..
Xtau la cun ke x header aku ni..aku pon cam x puas hepar je ngan hasil kerja aku ni...tp ok la kot noh??hehe..


Aku buat header ni pkai Adobe Photoshop CS5..aku bkn la pro sgt men photoshop ni..boleh la ckit2..asalnye aku wat header ni transparent..xde background..tp bila tgk btol2 cam burok la plak..x sesuai ngan background blog ni yg wrna grey..so aku wat la background header ni colour hitam ..

Blogger2 yg kreatif tu boleh la share2 tips ntuk bwat blog header yg cun2 mcm korang bwat tu..:)
Komen dan kritikan amat dialu-alukan...:)

p/s : hepar=hati :)

18 March 2011

tragedi menyayat hati kat petronas....

assalamualaikum , salam sejahtera...
first n foremost..aku ade cepu mas question ntuk bloggerholic2 sekelian..jwb ye jgn x jwb..hoho..soklan nye berbunyi...korang mmg slalu update blog ke??every day ke??or every week?hehe bkn pe..aku pon dah agak lame xupdate blog dek kebusy-an hidup..hehe..

kali ni aku nk share citer yang agak menyerlahkan kepoyo-an aku..haha..xde lah..bkn niat nk mnunjuk..tp aku nk share sbb pristiwa ni jrg2 je brlaku dlm idup aku..

ptg td lpas abis kelas..pukul 5..aku p la petronas tanjung bg memenuhi tuntutan tank moto aku yg lapar tu..stlh signal dibagi..aku pon masuk la ke petronas yg dimksudkan tu..aku ternampak la sorang brader ni dia tgh berdiri kat sblh moto dia kat simpang nk keluar dr petronas tu...mcm moto rosak je..lpas aku mengisi ron-95 yang akn naik harganya x lame lg (naik ke??:p)...

lebih kurang gini lah stesen minyak tuh...
ni lak moto aku...:p



aku pn kluar la dr stesen minyak tu..aku lalu la dpn brader tu n tanye la knape ngan moto dia..pas tu dia ckp la moto dia abis minyak ..pas tu wallet dia plak tertinggal & fon dia xde kredit..dia mntak la aku nak "pinjam" singgit..mcm x cukup je bg singgit..aku rase mcm nk bg rm2..aku tgk la wallet aku..mmg ade singgit n yg laen RM10..nak bg 10 mcm byk sgt..eh bkn byk sgt..tp SANGAT BANYAK..so bg singgit je la..hoho....kesian doe brader tu..

aku bknnye mudah percaya kt org..spnjg ckp ngn dia tu mmg aku ber jaga2..mne la tau keluar pisau rambo nk rompak aku ke..terpikir jgk aku..mne la tau dia tipu ke..sje nk songlap duit org..tp pd firasat aku la..dia mmg x tipu..muka baik je..gpon klau dia tipu msti dia mntak lebih..xkan singgit je..klau dia tipu pon..so what??dia tipu tu dia punye hal la..asalkan niat aku nk tolong..hehehe...

p/s: teringat kat adik bongsu aku..bila naek kreta..nampak je Petronas..'Abah..tu PRETONAS..xnk isi minyak ke..'..hahaha...  


10 March 2011

THE MALAY CHRONICLES : BLOODLINES

Assalamualaikum dan salam satu blogger..

Ehem..hari ni mood aku pelik ckit..haha..mane tak peliknya..tetiba aku rase nak cakap pasal sejarah plak..dah lame tak cakap pasal sejarah ni sejak tinggalkan bangku sekolah..ingat lg mase sekolah dulu subjek yang paling aku malas nak stdy sejarah ler....n one big secret (yang sampai sekarang cikgu sejarah aku xtau..hahaha)...kalau aku xleh tido..aku kene bace buku teks sejarah..xsampai 60 saat aku dah sampai ke dreamland..hahaha..=p

Sebelum aku pergi ke main topic, aku nak  tanya ckit korang tau x hikayat tu ape???
Seingat aku la..cikgu sejarah aku cakap hikayat ni berasal dari perkataan arab iaitu hikayah yg bermaksud kisah atau cerita.Tapi En. Wikipedia plak cakap :


Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk (ni la jadinya bila teringat zmn sekolah..haha..)..aku nak citer ckit pasal filem terbitan KRU yang mula ditayangkan hari ni...HIKAYAT MERONG MAHWANGSA atau dikenali sebagai  THE MALAY CHRONICLES : BLOODLINES di pentas antarabangsa..

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
THE MALAY CHRONICLES : BLOODLINES

SEJARAH : HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai kemasyarakatan, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.
Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh Garuda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA DALAM TULISAN JAWI

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA DALAM TULISAN RUMI

INFO FILEM
Pengarah

Penulis:
:
(Lakon layar)
:
(Cerita Asal)
Lakonan:
:
Merong Mahawangsa (Pelakon Utama)
:
Kesum (Pelakon Utama)
:
Embuk (Pelakon Utama)
:
Kamawas (Pelakon Utama)
:
Embi (Pelakon Pembantu)
:
Ying Ying (Pelakon Pembantu)
:
Lang (Pelakon Pembantu)
:
Native 1 (Pelakon Pembantu)
:
Goan Villager (Pelakon Pembantu)
:
Goan 1 (Pelakon Pembantu)
Krew:
:
(Muzik)
:
(Creative Director)
:
(Jurusolek Artis)
:
(Penyunting)
:
(Pembantu Pengarah)
:
(Pengarah Seni)
:
(Pengarah Fotografi)
Penerbit:
:
(Penerbit Eksekutif)
:
(Penerbit Eksekutif)
:
(Penerbit Eksekutif)

THE VERTEBRAL COLUMN OF THE FILM


SINOPSIS FILEM

Pada tahun 120, Empayar Rom yang di bawah pemerintahan Hadrian dan Dinasti Han di China adalah dua buah empayar yang kuat. Kedua-duanya telah memperluaskan kuasa perdagangan ke negara Asia Tengah.
Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk dikahwinkan dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai rancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung perairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.


 ANTARA SCREENSHOT FILEM



TRAILER
 

_______________________________________________________________________

Untuk pengetahuan korang, kos pembikinan filem ini mencecah RM8 juta dan merupakan filem yang termahal dalam industri perfileman negara kita selepas filem Puteri Gunung Ledang. And korang jugak jangan x tau yang filem ni dah menerima pulangan modal nya walaupun belum ditayangkan di mana mana pawagam...15 mac nanti filem ini akan diedarkan ke 72 negara yang menempah untuk mengedarkan filem ini di negara masing2...WOW!!!mmg terbaek!!!

tu la rasionalnya bila sejarah difilemkan..dpt pulangan yg lumayan..blh memperkenalkan sjrh kita kat org luar...xyah ckp org luar..org dalam pon same..aku berani kerat jari la mmg ramai yg xtau pon hikayat merong mahawangsa ni...yg x penah dengar pon ade..btol x???hahaha...pape pon..all the best KRU...semoga terus maju...

P/S : sesape yang dah p tengok filem ni boleh ler citer2, komen2 ckit...=)


09 March 2011

Photographer VS Cameraman

assalamualaikum, salam sejahtera & salam 1 blogspot =)
hari ni dah masuk hari ke-4 cuti mid-sem..rase cam boring plak duk umah..xtau nak bwat ape..dah la dok umah sorang2 je..nak kuar plak xde transport..so boring2 kat umah ni, terlintas la jugak dalam Cerebellum aku ntuk update blog ni. Hari ni aku ade info ckit nak share ngan korang..

First..korang mesti penah dengar 'photographer' kn?? korang jugak mesti pernah dengar 'cameraman' kn? penah x kalau ada event pape, x kira la dalam family ke, ngan member2 ke, kat skolah ke, kat kolej ke (brape byk 'ke' daa..), korang penah dengar x ade orang cakap 'Mane cameraman..cepat tangkap gambar'...pada hemat korang...betol x term yg dia pakai tu??

Jawapannya: Teettt...SALAH....
So ape bezanya fotographer & cameraman????

Secara mudah nak pahamnya, photographer ni kejenya tangkap gambo dan melibatkan bidang photography.. cameraman plak kejenya record video & melibatkan bidang videography...
Cara susah nak paham plak :


PHOTOGRAPHER
Ihsan Wikipedia

CAMERAMAN
Ihsan Wikipedia

korang dah nampak kan perbezaannya...so mane  satu yang menambat hati??haha..bagi aku la kan..sudah tentunya photography..sebab photography ni lebih dominan berbanding videography..klau korang pi melancong mane2, kat tempat2 menarik, ove sea ke, ove river ke..korang mesti tangkap gambar kan??ke korang tangkap video???:p lagipon gambar2 yang kita tangkap tu blh disimpan dlm dua bentuk..salinan lembut dan salinan keras..hahaha..i mean...soft copy & hard copy..klau video ada ke hard copy??namun setiap bidang tu ada significance nya yg tersendiri..tp pokoknya, xde buah..haha..tp pd dasarnya kedua-dua bidang ini mempunyai fungsi yang same..iaitu untuk merakam kenangan atau memori...to capture moment . . .


p/s: harap2 korang paham la ape yang aku bebelkan ni . . . =)